Tergamak Tinggalkan Kawan Terbakar Begitu Sahaja - Dunia | mStar

Tergamak Tinggalkan Kawan Terbakar Begitu Sahaja

Saeed Ahmad didakwa meninggalkan rakannya yang sedang terbakar di dalam kereta. - Facebook

NEW YORK: Seorang lelaki tergamak meninggalkan kawannya terbakar di dalam kereta dipandunya, manakala dia segera menahan teksi untuk ke hospital, lapor portal berita England, Metro.

Saaed Ahmad, 23, memandu kereta jenis sedan, Infiniti G25 di Lebuhraya Queens bersama rakannya, Harleen Grewel, 25, sebelum kenderaan itu merempuh pengadang jalan dan terbakar.

Bagaimanapun, Saaed kemudiannya bertindak meninggalkan kawasan kemalangan itu dengan menahan teksi ke hospital, meninggalkan Grewel mati terbakar di dalam kereta.

Sinar Harian yang memetik laporan Metro itu menyatakan bahawa kejadian tersebut berlaku pada jam 4 pagi waktu tempatan, Jumaat lalu.

Paparan skrin daripada rakaman kereta yang terbakar di tengah jalan. - ABC News 7

Pihak berkuasa menahan Saaed keesokan pagi, di bawah kesalahan cuai hingga membawa kematian kerana meninggalkan tempat kemalangan, membawa secara berbahaya dan memandu laju.

Ahli keluarga terdekat mendakwa lelaki itu sudah cuba membantu Grewel namun tidak berdaya kerana turut cedera.

"Dia tidak lari dari situ (tempat kejadian), dia dah cuba selamatkan Grewel tetapi tak mampu,  semuanya berlaku dengan pantas dan dia pun cedera di tangan, kaki dan leher dalam percubaannya itu.

"Dia dalam kesakitan dan ambulans tidak datang, sebab tu dia tahan teksi dan segera ke hospital," katanya.

Artikel Sebelum

Bagus Sotong Ni…

Artikel Berikut

Lagi Foto Terlampau Pengantin

Artikel Berkaitan

Jadi Buruan Agensi Model

Klik

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

Artikel Lain