suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Universiti Tawar Kursus Turun Berat Badan

SEBUAH universiti di timur China menawarkan kursus menurunkan berat badan dalam usaha untuk menangani masalah obesiti di kampus tersebut.

Seramai 50 pelajar mendaftar kursus tersebut yang berlangsung selama setahun di Universiti Pertanian Nanjing di wilayah Jiangsu.

Para pelajar digalakkan untuk menurunkan badan mereka menerusi kombinasi latihan biasa dan kawalan diet, lapor televisyen Jiangsu.

Sebanyak 60 peratus daripada gred pelajar akan ditentukan berdasarkan berapa banyak berat yang telah diturunkan.

Pensyarah, Zhou Quanfu berkata, kebanyakan pelajar yang mempunyai berat badan berlebihan sering beranggapan bahawa diet itu sesuatu yang sia-sia.

"Sebagai motivasi, kita mewujudkan satu kursus bagi membolehkan mereka menurunkan berat badan secara langsung menerusi pemberian markah," kata Zhou dipetik sebagai berkata. - South China Morning Post


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain