suria

Percutian Keluarga Di Mexico Berakhir Tragedi

BANDARAYA MEXICO: Seramai 15 penumpang maut termasuk empat kanak-kanak manakala 37 yang lain cedera, selepas bas yang dinaiki terbabit dalam nahas jalan raya di sebuah lebuh raya di Jalisco barat Mexico.

Nahas berlaku pada pukul 7.30 malam, Ahad, berhampiran bandar Atotonilco.

Bas malang itu dikatakan dalam perjalanan pulang bersama penumpang yang menyertai percutian keluarga di San Juan de los Lagos.

Ketua Unit Perkhidmatan Kebakaran dan Kecemasan Jalisco, Trinidad Lopez Rivas berkata, kemalangan dipercayai berpunca daripada masalah brek yang menyebabkan bas terbalik.

Kemalangan membabitkan bas kerap berlaku di wilayah itu kerana penduduk menyewa kenderaan tanpa menyiasat sama ada kenderaan berkenaan dalam keadaan baik atau sebaliknya, kata Lopez Rivas.

Tambahnya, sebanyak 11 mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan empat lagi di hospital. --Bernama


Jalisco, San Juan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain