suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Motif Serangan Konsert Las Vegas Jadi Tanda Tanya

LAS VEGAS: Pesara tentera dikenal pasti sebagai penyerang pada festival muzik Las Vegas yang menyeludup masuk senjata sebelum melepaskan tembakan rambang dari tingkap hotel ke arah penonton konsert itu.

Tembakan individu yang dikatakan seorang kaki judi dari tingkat 32 Hotel Mandalay Bay itu mengakibatkan sekurang-kurangnya 59 orang terkorban.

Insiden yang berlarutan beberapa minit itu mencemaskan 22,000 penonton konsert yang lari bertempiaran untuk menyelamatkan diri.

Kejadian itu juga mengakibatkan 525 orang lagi cedera.

Identiti penyerang bersenjata itu disahkan sebagai Stephen Paddock yang menetap di Mesquite, Nevada.

Setakat ini, motif kejadian belum dapat ditentukan dan lelaki berusia 64 tahun itu dikatakan melakukan serangan itu sendirian.

Berdasarkan siasatan latar belakang suspek, bapanya  pernah merompak bank dan disenaraikan antara individu paling dikehendaki Biro Siasatan Persekutuan (FBI).

Siasatan awal polis juga mendapati Paddock yang menembak mati dirinya sebelum polis menyerbu lokasi kejadian tidak mempunyai rekod jenayah.

Jurucakap polis, Joseph Lombardo berkata, pihaknya juga tidak mempunyai bukti yang mengaitkan suspek dengan kegiatan militan. - Reuters




Paddock, Las Vegas

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain