suria

PPAP Menyamai Pendapatan 25 Tahun Piko Taro

TOKYO: Penyanyi lagu hit pen-pineapple-apple-pen (PPAP) Piko Taro mendedahkan beliau memperolehi pendapatan yang mampu dikumpul dalam masa 25 tahun hanya menerusi lagu hit tersebut.

Sebulan selepas lagu itu mula disiarkan, Piko Taro - pelawak yang dikenali sebagai Daimaou Kosaka itu mendapat keuntungan lumayan.

Ketika ditanya mengenai perkara itu, Piko Taro dalam responsnya menerusi program TV, Nonstop berkata, dia tidak memperolehi satu sen pun daripada lagu itu, lapor SoraNews24.

Bagaimanapun, pada 29 September, dalam sesi temubual Fuji TV menerusi program Downtown Now pula dia mengakui memperolehi 100 000 yen sebulan selepas PPAP menjadi popular.

"Nilai pendapatan PPAP sama dengan apa yang telah saya peroleh dalam 25 tahun yang lalu sebelum PPAP," katanya.

Piko Taro juga muncul menerusi rancangan Sesame Street, komersial Softbank dan muzik video. Sebuah Kafe PPAP dan siri animasi TV juga telah diwujudkan.

Hadiah paling besar bagi Piko Taro adalah perkahwinannya dengan model pakaian renang dan personaliti TV  Hitomi Yasueda. Mereka berkahwin selepas empat tahun bercinta.

Kegilaan lagu PPAP  berkurangan tetapi selebriti ini akan memastikan dia mendapat habuan sewajarnya sementara masih diterima peminat. 

Piko Taro, PPAP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain