suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiga Maut Serangan Militan Di Kashmir

Seorang anggota polis India mengawal keselamatan dekat lokasi kejadian serangan militan di Srinagar, Kashmir. Foto AP

SRINAGAR: Polis India menumpaskan dua anggota militan yang bertindak menyerang sebuah kem keselamatan dekat lapangan terbang utama di wilayah Kashmir.

Ketua Polis Kashmir, Muneer Khan memberitahu Reuters bahawa seorang anggota keselamatan turut terbunuh semasa serangan itu, manakala tiga lagi anggota cedera.

Pasukan Keselamatan Sempadan di India itu berkongsi kawasan sempadan dengan lapangan terbang Srinagar di Kashmir.

Pintu utama pusat operasinya adalah 500 meter dari lapangan terbang.

Khan berkata, jadual penerbangan tergendala buat sementara waktu berikutan serangan tetapi telah kembali beropersi.

Sejak kebelakangan ini, pihak militan melancarkan beberapa serangan ke atas kem polis di Kashmir. 

Pada Ogos lalu, sekurang-kurangnya lapan anggota polis India terbunuh apabila kem keselamatan di selatan Kashmir diserang militan. - Reuters

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain