suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gunung Agung: Lebih 57,000 Penduduk Dipindahkan

Sekumpulan remaja merakam gambar Gunung Agung.

JAKARTA: Jumlah penduduk yang dipindahkan meningkat lebih 57,000 orang berikutan peningkatan aktiviti seismik di Gunung Agung di daerah Karang Asem, Bali Indonesia, seorang pegawai kanan agensi bencana berkata pada Selasa, lapor agensi berita China Xinhua.

Pada Isnin seramai 48,000 orang telah dipindahkan. Sebelum ini, pada 19 September, pihak berkuasa Indonesia menaikkan status amaran untuk gunung berapi itu.

"Aktiviti gunung berapi terus meningkat apabila pergerakan magma ke permukaan didapati lebih intensif," kata jurucakap agensi pengurusan bencana Sutopo Purwo Nugroho kepada Xinhua.

Menurut pegawai itu, Presiden Indonesia Joko Widodo dijadual melawat mangsa di pusat pemindahan, Selasa.

Gunung Agung kali terakhir meletus pada 1963-1964, masih aktif dengan kawah besar dan dalam, biasanya mengeluarkan asap serta debu. - Bernama

Gunung Agung

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain