suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pengantin Lelaki Terjun Sungai Selamatkan Budak

Seorang pengantin lelaki melompat ke sungai untuk menyelamatkan seorang budak lelaki daripada lemas ketika sedang menjalani sesi fotografi perkahwinan. - Hatt Photography

SESI fotografi sebuah perkahwinan bertukar kecoh apabila pengantin lelaki terjun ke dalam sungai untuk menyelamatkan seorang budak lelaki.

Clayton Cook terjun ke dalam air tanpa teragak-agak untuk menarik mangsa lemas ke tebing sungai.

Dalam kenyataannya kepada CTV News, Clayton berkata, muka mangsa berada di dalam air dan dia bergelut untuk menyelamatkan diri.

Menurutnya lagi, kanak-kanak itu telah ditolak ke dalam air oleh kawannya.

Mangsa tidak mengalami apa-apa kecederaan dan terus berlalu pergi bersama adik-beradiknya yang lain setelah diselamatkan.

Pengantin perempuan, Britanny, menyatakan tindakan suaminya yang pantas menyelamatkan budak itu merupakan salah satu sebab dia jatuh cinta kepada lelaki itu.

Sementara itu, jurufoto pengantin, Daren Hatt, terkilan kerana tidak sempat untuk merakamkan detik cemas kejadian itu. - The Sun

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Minah Ni Memang Selamba Je Kan...

Artikel Lain