suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kecoh Insiden Tembakan Di Kawasan Pejabat Duterte

KEJADIAN tembakan berlaku di kawasan pejabat Presiden Rodrigo Duterte dan kini dalam siasatan pihak berkuasa keselamatan Filipina.

Laporan media tempatan menyebut seorang pengawal keselamatan di kawasan itu cedera parah akibat terkena tembakan pihak terlibat.

Insiden di kem keselamatan pasukan elit itu juga menempatkan kediaman Duterte kata jurucakapnya, Ernesto Abella.

Bagaimanapun beliau enggan memaklumkan sama ada presiden berada di pejabat atau kediamannya ketika kejadian itu berlaku.

"Kejadian itu sedang disiasat dan maklumat berkaitannya masih perlu mendapat pengesahan pihak berkuasa," katanya kepada media.

Setakat ini, pasukan keselamatan presiden memaklumkan pihaknya akan mengeluarkan kenyataan berhubung kejadian itu.

Sejak dilantik sebagai presiden Filipina, Duterte jarang menginap di kediaman rasminya dan lebih kerap pulang ke rumah persendiriannya.

Dalam tempoh 15 bulan pelantikan Duterte, lebih 3,800 suspek maut dalam operasi memerangi dadah di negara itu, termasuk golongan kenamaan.


Duterte

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain