suria

Korea Utara Dalam Senarai Larangan Ke AS

WASHINGTON: Presiden Donald Trump menambah Korea Utara, Venezuela dan Chad dalam senarai negara sasaran bagi larangan perjalanan ke Amerika Syarikat (AS).

Langkah itu berikutan keadaan keselamatan buruk dan kurang kerjasama dengan pihak berkuasa negara terbabit.

Larangan penuh diletakkan ke atas rakyat dari Korea Utara dan Chad manakala sekatan ke atas Venezuela dihadkan kepada pegawai dan keluarga mereka yang termasuk dalam senarai panjang agensi kerajaan.

Tambahan, Korea Utara dan Venezuela menambah senarai sekatan asal, yang kebanyakannya negara Islam.

"Korea Utara tidak bekerjasama dengan Kerajaan AS dalam sebarang isu dan gagal memenuhi semua syarat perkongsian maklumat diperlukan," kata pengisytiharan pentadbiran Trump.

Negara lain termasuk dalam larangan itu adalah Iran, Libya, Somalia dan Yaman.

Sudan, satu daripada enam negara majoriti Islam dalam larangan asal, dikeluarkan daripada senarai, meninggalkan lapan dengan sekatan penuh perjalanan atau sebahagian ke AS.

Sekatan baharu itu, dijangka berkuat kuasa 18 Oktober ini, hasil semakan selepas larangan perjalanan asal Trump dicabar di mahkamah.

Seorang pegawai pentadbiran, memberi taklimat kepada media menerusi panggilan persidangan mengakui jumlah rakyat Korea Utara yang berkunjung ke AS kini agak rendah. - Reuters


Korea Utara, AS, Trump

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Agung Bakal Meletus Bila-Bila Masa

Artikel Lain