suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ratusan Renang Berbogel Kumpul Dana

Sebahagian peserta yang berenang di laut tanpa seurat benang. Foto Mail Online/Getty Images

RATUSAN orang 'berani mati' berenang tanpa seurat benang di laut dekat pantai Northumberland, timur laut England.

Tanpa menghiraukan kesejukan pada waktu pagi, kesemua mereka terbabit dalam acara tahunan North East Skinny Dip.

Acara tersebut menyaksikan ratusan peserta berenang di Laut Utara, sempena Autumn Equinox dan mengumpul dana untuk kebajikan kesihatan mental, MIND.

Sejak dilaksanakan pada 2012, acara tersebut telah mengumpul lebih £25,000 (RM141,801).

Lebih 400 peserta berhimpun di pantai Druridge Bay, sebelum matahari terbit pada Ahad bagi menyertai acara tahunan itu. - Mail Online

Artikel Sebelum

Panel Pesawat Jatuh Hempap Kereta

Artikel Berikut

Balut Kereta Untuk Beri Kejutan

Artikel Lain