suria

Balut Kereta Untuk Beri Kejutan

Neil dari Hunts Cross membalut sebuah kereta yang diletakkan di luar rumahnya menggunakan 'cling film'.

SEORANG pemilik rumah tidak boleh menahan kemarahan apabila orang luar gemar meletakkan kenderaan di luar kediamannya.

Dia akhirnya bertindak memberi pengajaran dengan membalut seluruh kereta tersebut menggunakan 'cling flim'.

Neil Junglas berbuat begitu selepas kereta tersebut diletakkan di luar rumahnya selama dua hari berturut-turut.

Lelaki berusia 36 tahun itu berkata, dia terlihat seorang wanita keluar daripada kereta tersebut sebelum menaiki sebuah teksi pada Selasa ketika dia sedang menyediakan makan malam buat anak perempuannya.

Kemudian, dua lelaki pula dilihat keluar daripada kereta yang sama dengan dua bagasi dan turut menaiki teksi berkenaan.

Kata Neil: "Mereka memang nampak sengaja letak kereta di situ dan menaiki teksi untuk ke lapangan terbang.

"Memang jelas mereka hanya mahu tempat letak kereta percuma.

"Jiran saya juga mempunyai beberapa buah kereta, jadi tidak ada ruang untuk kereta lain diparkir di sini."

Neil turut mengadu bahawa dia tidak lagi boleh meletakkan kenderaannya di luar rumah kerana kereta tersebut.

Katanya: "Saya rasa perbuatan ini sangat biadap dan saya ingin mengajar mereka dengan memberikan kejutan apabila mereka pulang nanti.

"Saya bekerja di Costco, jadi saya beli 'cling film' ini dari sana."

Tambah Neil, polis turut datang untuk membuat tinjauan, namun tidak boleh berbuat apa-apa kerana ia tidak menyalahi undang-undang. - Liverpool Echo

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Pyongyang Buat Trump Berang

Artikel Lain