suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Trump Dapat Cucu Lagi!

-foto Instagram Lara Trump

LARA Trump telah meluahkan perasaan bahagianya bergelar seorang ibu apabila melahirkan anak pertamanya dengan Eric.

Wanita berusia 34 tahun itu berkongsi khabar gembira kelahiran anaknya di Instagram dan memuat naik gambarnya bersama si comel itu di hospital.

"Selamat hari jadi, Luke! Kami sangat diberkati dan bangga menjadi ibu bapa kamu," tulisnya.

Gambar yang dimuat naik Lara menunjukkan bayinya yang baru lahir sedang mengeliat di bawah selimut hospital yang berwarna merah jambu, putih dan biru.

Luke adalah cucu kesembilan bagi Presiden Donald Trump.

Seperti Lara, Eric turut melakukan perkara sama dengan memuat naik gambar anak lelakinya itu di Instagram.

Bezanya, dia menambah hashtag #LittleLuke sebagai satu-satunya keterangan gambar.

Posting tersebut dibuat hanya beberapa jam selepas dia berkongsi berita gembira mengenai kelahiran anaknya di Twitter, mengumumkan bahawa anaknya telah selamat dilahirkan pada pukul 8.50 pagi Selasa.

Lara Trump, cucu Trump

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain