suria

Keluar Air Mata Kapas

SEORANG budak perempuan berusia 11 tahun dari Madhya, Pradesh, India didakwa mengeluarkan kira-kira 35 hingga 40 biji kerikil kecil seakan-akan kapas setiap hari sejak lebih dua minggu lalu.

Manasi mula mengeluarkan 'air mata kapas' itu pada 25 Ogos lalu dan bapanya serta penduduk kampung percaya dia dirasuk oleh makhluk halus.

Penduduk kampung mula menjauhkan diri Manasi dan keluarganya selepas khabar angin mengenai perkara aneh itu tersebar luas.

Namun ibu bapa budak perempuan itu tidak percaya dengan dakwaan tersebut, sebaliknya berhasrat membawa Manasi untuk bertemu pakar mata.

Doktor tempatan datang untuk melihat keadaan Manasi selepas mendapat tahu berita mengenai insiden aneh itu daripada penduduk kampung.

Selepas meneliti biji kerikil putih itu, doktor tersebut menyarankan agar Manasi bertemu dengan pakar mata dengan segera.

Akhbar India, Nayi Duniya yang melaporkan kes Manasi mendapatkan beberapa pandangan pakar mata mengenai insiden aneh itu.

Pakar mata dan Dekan Kolej Perubatan di Jabalpur, Dr Navneet Saxena berkata ia mungkin tindak balas kesan alahan yang dialami kanak-kanak itu.

Namun Dr Pawan Setak berkata keadaan itu disebabkan kekurangan pengambilan Vitamin D.

Beliau menambah kanak-kanak yang kekurangan gizi kadang-kadang menunjukkan pengeluaran kerikil putih seakan-akan kapas di hujung kelopak mata mereka.

Manasi

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Lapangan Terbang Copenhagen Ditutup

Artikel Lain