suria

Skirt Digunting Ketika Siaran Langsung

SEORANG penyampai TV mencetuskan kekecohan selepas memotong pakaian yang dipakai seorang rakan penyampainya ketika sedang bersiaran secara langsung.

Juan y Medio sedang bersiaran dalam program Sepanyol 'Afternoon Here And Now' bersama penyampai bersama, Eva Ruiz apabila dia mengambil gunting dan memotong dress pendek yang sedang dipakainya.

Walaupun mendakwa ia adalah tindakan balas dendam terhadap Ruiz, penyampai wanita itu kelihatan malu sambil cuba menutup bahagian pahanya yang terdedah sambil kamera terus merakamnya adegan tersebut.

Medio berkata dia mahu membalas dendam terhadap Ruiz yang memotong seluarnya selepas dia enggan menari ketika siaran berlangsung sebelum ini.

Walau bagaimanapun, Ruiz pada hakikatnya bukan memotong seluar panjang yang sedang dipakai oleh lelaki itu.

Rakaman menunjukkan Medio berkata: "Apa masalahnya, dia seorang sajakah yang boleh potong?"

Dia kemudian menunjukkan gunting dan mula memotong dress hitam yang dipakai Ruiz.

Ruiz hanya ketawa dan seorang petugas muncul di skrin untuk membantunya 'menutup' bahagian yang terdedah.

Bagaimanapun, tidak semua penojnton gembira dengan aksi itu.

Ahli politik Teresa Rodriguez mengecam aksi yang disifatkan sebagai buruk itu menerusi Twitter.

Dia menulis: "Bagaimana jika kanak-kanak melihat aksi ini? Adakah mereka fikir ia lucu untuk melakukannya terhadap gadis lain?"

Sementara itu, penyiar Canal Sur memohon maaf melalui media sosial dan menyifatkannya sebagai 'gurauan antara penyampai'.

Ruiz pula mempertahankan tindakan Medio mendakwa dia telah tahu mengenai jenaka itu lebih awal dan tiada masalah dengan tindakannya. -dailymailUK

gunting skirt, Eva Ruiz

Artikel Sebelum

Lapangan Terbang Copenhagen Ditutup

Artikel Berikut

Nasib Baik Ada Pokok...

Artikel Lain