suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kuku Palsu Kucing

CALLY Loridas, pengasas salun haiwan di Victoria, Australia telah mencipta aksesori terkini khas buat haiwan peliharaan.

Dunia fesyen kucing kini menambah senarai hiasan iaitu kuku akrilik berwarna yang mencegah haiwan kesayangan mencakar perabot.

Pemilik kucing sekitar Victoria singgah di Salun Haiwan Scratch & Sniffs di Cheltenham, selepas mendengar khabar Loridas memakaikan kucingnya kuku silikon yang bergaya dan dapat mencegah haiwan itu dari mencakar perabot dan kaki anda tanpa menghalang pergerakan mereka.

Kuku palsu itu mempunyai 40 pilihan warna dan dijamin anti-cakaran selama enam hingga lapan minggu kini semakin laris di pasaran negara itu.

“Ia hanya akrilik yang disalut ke kuku sebenar kucing dan ia tidak menghalang pergerakan,” kata Lorridas, yang merupakan salah seorang pendandan terbaik di Australia.

“Kami tidak menggunakan sebarang sedasi, jadi ia satu proses yang lembut, senyap dan tenang. Kucing saya juga memakainya,” katanya pada Herald Sun.

Satu set kuku akrilik untuk kucing (empat kuku) berharga 35 AUD (RM119) atau 25 AUD (RM85.34) jika anda menempah sebagai salah satu sesi berdandan.

Victoria, Loridas

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain