suria

Misteri Tiket 8888

SEPASANG suami isteri terkejut dengan penemuan sekeping tiket kereta api yang bertarikh 8 Ogos 1988 di dapur rumah mereka.

Harriet Hunt, 27, dari Romford, memuat naik gambar tiket itu ke Facebook dan meminta bantuan netizen untuk menyelesaikan misteri serta menerangkan bagaimana suaminya Ryan Omer, menemukan tiket berkenaan ketika ingin mengambil tiket perkhidmatan komuter di rumah mereka.

“Dia pergi mengambil kad di dalam rumah yang baru siap dibina ia tempat yang baru, tidak bersepah, sentiasa kemas dan kami tidak mempunyai laci atau almari yang mengandungi barang lama.

"Tetapi apabila dia melihat kad itu, baru dia menyedari itu bukan kadnya, tetapi adalah kad tiket dari 1988 dalam keadaan yang sempurna.

“Kad dia berada di dalam poket, kami tidak mengetahui bagaimana tiket itu boleh berada di dalam rumah dan di atas kaunter dapur.

“Tiada orang selain kami dan anak berusia dua tahun berada di dalam rumah.

“Saya mempunyai perabot lama iaitu satu almari dari kawasan Romford yang saya telah bersihkan sepenuhnya selepas dibeli lima bulan yang lalu, jadi tiket itu tidak mungkin pernah tersembunyi di situ," katanya.

HUNT (kiri) bersama anak dan suaminya.

Pengguna Facebook mendapati tarikh yang tertera pada tiket itu iaitu 8 Ogos 1988 atau 8888, sebagai petanda yang menyeramkan.

Sesetengah dari mereka menyuruh pasangan itu membeli tiket loteri kerana di China, nombor lapan adalah simbol nasib baik.

Terdapat juga orang yang memberitahu Hunt bahawa itu adalah satu pesanan dari malaikat dan roh.

Hunt memberitahu Mirror Online bahawa mereka sangat pelik dan berharap ia bukan dikutip di jalanan.

Apabila ditanya jika dia memikirkan kemungkinan perkara menyeramkan sedang berlaku, Hunt berkata mengakui anak perempuannya ada berkelakuan pelik kerana bercakap dengan seorang diri.

“Anak perempuan kami sentiasa bercakap dengan seseorang yang dipanggil Pedro.

“Perkara ini bermula sejak beberapa minggu yang lalu, saya harap ia bukan hantu! Dia masih terlalu muda untuk mempunyai teman khayalan," katanya.

Tiket Kereta Api

Artikel Berikut

Akibat Gila 'LIVE'!

Artikel Lain