suria

Banjir Musnahkan Semua Wang Dalam Peti Simpanan Bank

SEBUAH bank di Wisconsin, Amerika Syarikat (AS) mengalami kerugian berganda apabila wang yang disimpan di institusi itu mengalami kerosakan teruk dan tidak boleh digunakan lagi akibat dilanda banjir.

Menurut laporan Associated Press, setiap wang kertas yang disimpan di dalam bilik kebal di Bank Negara Fox River di Burlington, basah dan tidak boleh digunakan lagi selepas bilik tersebut ditenggelami air.

Presiden yang juga Ketua Pegawai Eksekutif bank itu, Keith Polleck bagaimanapun enggan mendedahkan enggan mendedahkan jumlah sebenar tunai yang musnah.

Namun katanya, pengguna bank tidak perlu risau kerana Rizab Persekutuan akan mengganti setiap tunai yang terjejas.

Polleck berkata, banyak kepingan wang kertas terapung di merata tempat” apabila air dari Sungai Fox berdekatan membanjiri bangunan itu.

Cawangan itu telah diarahkan untuk tutup selama beberapa hari sementara kerja pemilihan dilaksanakan.

Staf bank itu pula diarahkan meneruskan tugas masing-masing di pejabat kedua bank itu berdekatan Tasik Geneva. -  Huffingtonpost

Bank Wisconsin

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Misteri Tiket 8888

Artikel Lain