suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tunisia Haramkan Tayangan Wonder Women

GAL Gadot memegang watak utama dalam filem Wonder Women. - AP

TUNIS: Mahkamah Tunisia mengharamkan tayangan filem ‘Wonder Woman’, filem AS yang dilakonkan oleh bekas tentera Israel, Gal Gadot, selepas lebih sebulan filem itu ditayangkan di pawagam.

Filem itu dijadualkan ditayangkan di dua lokasi di Tunis pada awal Jun tetapi tayangan tersebut ditangguhkan ekoran aduan dari kumpulan pejuang kebangsaan, Al-Chaab.

Mahkamah akhirnya memutuskan untuk mengharamkan tayangan filem itu, kata jurucakap pendakwaraya Sofiene Sliti.

Bagaimanapun sebab tayangan filem itu diharamkan tidak dinyatakan.

Al-Chaab memohon filem itu untuk diharamkan di Tunisia selepas Gadot menyatakan sokongan terhadap Israel ketika rejim Zionis berperang dengan Palestin pada 2014.

Tunisia mengehadkan hubungan diplomatik dengan Israel sejak 1950-an sebagai menyokong perjuangan dan pembentukan negara Palestin.

Filem Wonder Woman turut menerima kritikan di negara-negara Arab yang lain kerana meletakkan Gadot sebagai watak utama.

Gadot pernah menjalani latihan selama dua tahun dalam tentera Israel dan menyatakan penentangan secara terbuka terhadap pejuang Hamas yang memerintah Semenanjung Gaza.

Selain Tunisia, Lebanon dan Qatar turut mengharamkan tayangan filem tersebut. - Al Jazeera

Wonder Women

Artikel Sebelum

Kanak- Kanak Bersuara Burung

Artikel Berikut

Artikel Lain