suria

Wanita Dipaksa Gugur Empat Kali Meninggal Dunia

Ahli keluarga Yueyue menuntut keadilan di rumah bekas suami wanita itu.

WUHU, ANHUI:  Seorang wanita di timur China dilaporkan meninggal dunia selepas dipaksa menggugurkan kandungannya empat kali dalam setahun semata-mata suaminya mahukan anak lelaki.

Menurut Jianghuai Morning News, mangsa yang hanya dikenali sebagai Yueyue jatuh sakit kerana berulang kali melakukan pengguguran.

Wanita itu melahirkan anak perempuan empat tahun lalu dan kini suaminya mahukan zuriat lelaki untuk anak kedua mereka selepas China menarik balik dasar seorang anak pada 2015.

Namun suaminya tetap mahukan seorang anak lelaki dan menyuruh isterinya menjalani imbasan ultrabunyi untuk mengenal pasti jantina bayi dalam kandungan itu.

Suami wanita itu kemudian memaksanya melakukan pengguguran apabila jantina bayi yang dikandung itu perempuan.

Malah doktor di negara itu tidak dibenarkan memaklumkan kepada ibu mengenai jantina anak dalam kandungan bagi mengelak mereka menghentikan proses kehamilan.

Akibat pengguguran itu, Yueyue terlantar sakit manakala suaminya memilih untuk menuntut cerai berbanding menjaganya.

Yueyue dilaporkan tiada pilihan tetapi menerima permintaan suaminya dan membelanjakan sekitar 170,000 yuan untuk menjalani rawatan di sebuah hospital di Shanghai.

Dia kemudiannya meninggal dunia kerana keadaan kesihatannya semakin teruk.

gugur kandungan

Artikel Sebelum

Mayat Dihantar Buaya Ke Tebing

Artikel Berikut

Artikel Lain