suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bekas Calon Presiden AS Hidap Tumor Otak

WASHINGTON: Senator Amerika Syarikat (AS), John McCain menghidap tumor otak dan sedang mengkaji pilihan rawatan termasuk kombinasi kemoterapi dan radiasi.

Senator enam penggal parti Republikan itu sedang menjalani rawatan pemulihan di kediamannya di Arizona selepas menjalani pembedahan di Klinik Mayo, Phoenix, Jumaat lalu.

Pembedahan itu dilakukan bagi mengeluarkan darah beku di bahagian atas mata kirinya.

Analisis tisu selepas prosedur itu mendedahkan ketumbuhan otak peringkat awal atau lebih dikenali sebagai gioblastoma.

Doktor yang merawat McCain berkata proses pemulihannya susulan pembedahan itu amat baik dan tahap kesihatannya juga memuaskan.

Pemimpin majoriti Dewan Senat Mitch McConnell menyifatkan McCian sebagai seorang wira dan kepulangannya ke Washington amat dialu-alukan.

"Kami sentiasa menanti kepulangan semula wira Amerika ini pada masa terdekat," kata McConnell.

John McCain

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain