suria

Selepas Wanita, Pelawat Pula Akan Dilarang Ke Pulau Ini

Pulau Okinoshima di Jepun diisytiharkan sebagai tapak warisan dunia Unesco, minggu lalu. Foto KYODO

TOKYO: Pelawat tidak lagi dibenarkan menjejakkan kaki ke sebuah pulau di Jepun yang sebelum ini hanya untuk lelaki sahaja, bermula tahun depan.

Pulau kecil Okinoshima diisytiharkan sebagai tapak Warisan Dunia Unesco pada minggu lalu.

Pada masa ini, wanita dilarang datang ke pulau ini, manakala pelawat lelaki pula perlu mandi berbogel di laut sebelum boleh mengunjungi ke kuil di pulau.

Seorang jurucakap memberitahu AFP bahawa terdapat larangan masuk kepada sesiapa kecuali sami bermula tahun depan bagi melindungi pulau itu daripada kerosakan.

"Pemeliharaan yang ketat diperlukan sekarang berikutan pulau tersebut telah disenaraikan dalam Unesco," katanya.

Sebelum ini, jumlah pelawat dihadkan kepada 200 orang untuk festival tahunan yang berlangsung hanya dua jam.

"Ia akan berisiko sekiranya 200 pelawat terus datang ke pulau itu," katanya sambil menambah bahawa Okinoshima merupakan 'pulau yang dilindungi sami Shinto'.

Bagaimanapun kata jurucakap itu, ahli akademik dibenarkan datang ke pulau itu bagi tujuan penyelidikan dan pemuliharaan. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain