suria

Pesawat Mendarat Cemas Akibat Amuk Tiga Penumpang

Tiga penumpang ditahan dan dibawa keluar dari pesawat Thompson di Lapangan Terbang Bristol selepas disyaki membuat ancaman. Foto Jason Wassall / SWNS.com

SEBUAH pesawat dalam penerbangan dari United Kingdom ke Sepanyol terpaksa melakukan pendaratan cemas susulan amuk tiga penumpang.

Penerbangan Thomson dari Glasgow ke Alicante terpaksa mendarat di Lapangan Terbang Brsitol berikutan kebimbangan terhadap kelakuan tiga lelaki terbabit.

Ketiga-tiga suspek ditahan polis sejurus selepas pesawat mendarat.

Beberapa gambar yang tersebar menunjukkan beberapa kenderaan polis berhampiran pesawat, dan kelihatan sekumpulan ditahan.

Sekumpulan pegawai menyoal siasat mereka yang ditahan selepas dibawa keluar dari pesawat.

Penerbangan yang tertangguh selama 90 minit di Bristol disambung semula pada pagi Sabtu.

Pasukan Polis 'Avon dan Somerset Constabulary' mengesahkan ia menahan tiga lelaki yang disyaki kerana membuat ancaman dan menghina kru kabin. - Mirror

Artikel Sebelum

Hilang Kaki Demi Warga Emas

Artikel Berikut

Artikel Lain