suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

'Bus Stop' Depan Rumah, Penghuni Kena Panjat Pagar

Sebuah perhentian bas dibina betul-betul di hadapan sebuah kediaman di Langley Mill. - SWNS.com

LOKASI berhampiran dengan pengangkutan awam sudah tentu menjadi faktor pelaris utama bagi sesebuah kediaman, namun sebuah syarikat pemaju hartanah di United Kingdom dianggap terlalu bendul untuk berbuat demikian.

Penduduk setempat juga beranggapan ia sesuatu yang amat melucukan selepas menyedari kesilapan bodoh dan memalukan itu dapat dilihat dengan jelas di luar kawasan kejiranan baharu tersebut.

Kediaman dua bilik di Langley Mill, Derbyshire itu dijual pada 140,000 Pound Sterling (RM775,000) oleh ejen hartanah Burchell Edwards.

Rumah tersebut dilihat cukup cantik di bahagian luar, cuma ada satu masalah besar yang bakal dihadapi oleh penghuni rumah berkenaan kelak.

Penghuni perlu memancat pagar untuk masuk ke kediaman itu.

Jika anda mempunyai penghlihatan yang tajam, sudah tentu anda sedar terdapat sebuah perhentian bas yang berada betul-betul di luar rumah itu dan menghalang laluan pintu masuk.

Penduduk setempat, Julie Newing, berkonsi gambar rumah itu di Facebook dengan kapsyen "Only in Langley Mill" (hanya di Langley Mill) dan emoji berbentuk ketawa sambil mengeluarkan air mata, lapor Derby Telegraphs.

Gambar tersebut dikongsikan oleh netizen dan orang ramai terkejut bagaimana ia boleh berlaku. 


Langley Mill

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain