suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lapan Maut Dalam Serangan Bom Di Bujumbura

Gambar suasana di bandar Bujumbura. - Gambar hiasan/Travel The Whole World

BUJUMBURA - Satu serangan bom tangan yang menyebabkan lapan orang maut dan mencederakan 50 yang lain di sebuah kampung di wilayah utara Kundiza di Burundi pada Ahad, kata polis.

Empat daripada mangsa meninggal dunia dengan serta-merta dan empat lagi meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami, kata jurucakap polis, Pierre Nkurikiye.

Serangan tersebut berlaku sekitar pukul 6.30 petang waktu tempatan di kampung Shinya, kata Nkurikiye kepada pemberita di ibu negara, Bujumbura pada Isnin. Beliau menyifatkan serangan itu sebagai serangan pengganas.

"Seorang individu tidak dikenali membaling bom ke arah orang awam," katanya.

Nkurikiye tidak mendedahkan siapakah dalang disebalik kejadian itu, tetapi pihak polis menggunakan frasa 'serangan pengganas' bagi menunjukkan penglibatan pasukan bersenjata yang menentang kepimpinan Presiden Pierre Nkurunziza.

Sekurang-kurangnya 700 mangsa terbunuh dalam kemelut antara penyokong Nkurunziza dan penyokong lawannya sejak April 2015 sebaik presiden negara itu mengumumkan akan bertanding bagi penggal ketiga akan datang.

Beliau dilantik pada Julai 2015 dalam pilihan raya yang diboikot sebahagian besar pihak pembangkang. - Reuters.

Bujumbura

Artikel Sebelum

Hampir 300,000 Payung Hilang

Artikel Berikut

Artikel Lain