suria

Lelaki Cederakan Budak Berebut Buaian

JIANGSU: Gara-gara berebut buaian, seorang kanak-kanak cedera selepas kepalanya dihentak pada dinding penghadang sebuah pusat permainan di bandar Zhengjiang, di sini.

Kejadian di sebuah pusat membeli belah itu dirakam kamera pengawasan di situ, lapor Thepaper.cn

Ia berlaku akibat campur tangan seorang lelaki yang juga bapa salah seorang kanak-kanak yang berebut buaian itu.

Rakaman kamera itu menunjukkan seorang lelaki bertindak menarik baju dan menghayunkan kanak-kanak itu ke dinding.

Ibu mangsa yang menyedari insiden berkenaan terus bertindak berdepan dengan lelaki berkenaan.

Bagaimanapun, lelaki itu turut memukul wanita berkenaan dan berlaku pergelutan antara kedua ibu bapa terlibat sebelum dileraikan oleh seorang wanita.

Identiti kedua lelaki dan wanita berkenaan bagaimanapun tidak diketahui, namun insiden berkenaan telah dilaporkan kepada polis dan siasatan telah dijalankan.

Rakaman yang dikongsi di media sosial mendapat kritikan ramai dan menyifatkan lelaki berkenaan biadap dan memberi contoh tidak baik kepada anaknya.

Namun ada netizen yang menyalahkan kedua-dua mereka kerana tidak menyelesaikan pertikaian dengan cara yang baik.

"Kedua-duanya bersalah. Wanita itu tidak bertindak dengan cara baik bagi mengatasi pertelingkahan berkenaan," kata netizen dipetik South China Morning Post.

Zhengjiang

Artikel Sebelum

Tiga Cedera Dirodok Lembu

Artikel Berikut

Artikel Lain