suria

'Ahli Sihir' Myanmar Dihukum Mati

YANGON: Seorang lelaki yang mengaku sebagai ‘ahli sihir’ telah dijatuhkan hukuman mati oleh mahkamah Yangon kerana didapati bersalah atas dakwaan membunuh tiga orang kanak-kanak dalam satu upacara sihir yang dilakukan untuk mengeluarkan roh jahat dari badan mereka.

Pengamal ilmu hitam itu,Tun Naing didapati bersalah memukul dua kanak-kanak kecil dan seorang bayi berusia lapan bulan sehingga mati pada tahun lepas di sebuah kampung kecil berdekatan ibu negara.

Saksi kes itu berkata, tertuduh memberitahu penduduk kampung bahawa ketiga-tiga mangsa dirasuk roh jahat sebelum dia mula 'menyerang' mereka sambil ditonton oleh keluarga masing-masing.

Pegawai polis mahkamah Myat Seo berkata pada Selasa, Tun Naing dijatuhkan hukuman mati dan hukuman penjara kerana membunuh dan melibatkan kecederaan ke atas kanak-kanak lain yang terlibat dalam upacara itu.

Myanmar sudah berpuluh-puluh tahun tidak melaksanakan hukuman mati dan kemungkinan Tun Naing dipenjara selama 20 tahun sebagai ganti.

Kes yang berlaku pada Oktober itu mengejutkan seluruh Myanmar, yang masih percaya kepada kuasa ajaib dan sihir.

Kes itu didedahkan selepas pihak hospital melaporkan kepada pihak berkuasa apabila bapa kanak-kanak terlibat membawa mangsa ke hospital dengan badan yang penuh lebam.

Ketika berada luar mahkamah pada November lalu, Tun Naing memberitahu wartawan bahawa dia telah dirasuk oleh ‘roh jahat’ semasa 'merawat' semua kanak-kanak tersebut. — AFP

Myanmar, Sihir

Artikel Berikut

Ada Ular Di Sebalik Mi

Artikel Lain