suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ada Ular Di Sebalik Mi

GUANGXI: Sebuah restoran di Cina telah diarahkan tutup selepas seorang pelajar wanita mengadu terdapat ular di dalam mi yang dibungkus, lapor media China.

Pelajar Universiti Guangxi di Nanning itu, telah membeli dua bungkus mi dari kedai di bandar daerah autonomi Guangxi Zhuang.

Mi pedas berkuah yang dimasak dengan siput merupakan makanan tempatan yang terkenal di daerah selatan.

Dia memberitahu media tempatan bahawa dia membeli dua mangkuk mi dan memberi satu pada rakannya di asrama.

Ketika sedang menggaul mi dan sayur-sayuran, dia dikejutkan dengan penemuan ular kecil di dalam makanannya itu.

Dia kemudiannya menjerit sehingga mengejutkan tiga orang pelajar di asrama.

Mereka mengambil gambar ular tersebut sebelum membuang makanan itu.

Gambar-gambar itu tular di internet tetapi pelajar itu telah membuang bukti tersebut.

Gambar itu menarik perhatian pihak berkuasa makanan tempatan yang telah memeriksa restoran itu dan mendapati tempat penyimpanan makanan tidak bersih, lapor South China Morning Post.

Restoran itu telah diarahkan tutup untuk kerja pembersihan restoran dan membaiki siling.

Empunya restoran itu yang juga mempunyai kedai menjual roti bagaimanapun terlepas daripada sebarang tindakan kerana tiada bukti yang mengaitkannya dengan insiden itu. - The Straits Times/Asia News Network.

Ular, Mi

Artikel Sebelum

Artikel Lain