suria

Ratu Elizabeth Masih Gagah

SUSULAN persaraan suaminya, Putera Philip pada minggu lalu, Ratu Elizabeth II nampaknya terus membuktikan keupayaan dapat menguasai segala-galanya.

Pada usia 91 tahun, beliau masih berupaya memandu sebuah kereta Jaguar yang gambarnya berjaya dirakam ketika dalam perjalanan pulang dari gereja di Windsor Park bersama pengawal peribadinya.

Beliau dilihat memakai baju berwarna biru dengan topi di kepalanya.

Ratu Elizabeth amat dikenali dengan minat terhadap kereta dan sering dilihat memandu di sekeliling estet Sandringham.

Malah, beliau sering memandu sendirian ke gereja dekat Royal Lodge.

Walaupun beliau sering dihantar pemandu ke majlis diraja, Ratu Elizabeth sebenarnya seorang pemandu berkebolehan.

Ratu Elizabeth pernah memandu ambulans semasa Perang Dunia Kedua. Gambar diambil pada tahun 1945.

Beliau belajar memandu semasa berkhidmat sebagai seorang mekanik dalam Angkatan Tentera di bawah Perkhidmatan Wilayah Sokongan Wanita.

Pada tahun lalu, beliau turut dirakam memandu sebuah kereta Range Rover di sekitar estet Sandringham bersama menantu cucu perempuannya, Kate Middleton. 

Beliau juga merupakan satu-satunya pemerintah Britain yang dibenarkan memandu tanpa lesen.

Ratu Elizabeth II, jaguar

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain