suria

"Saya Akan Bunuh Awak" - Penumpang Dalam Pesawat

DUA penumpang pesawat All Nippon Airways (ANA) dirakam bertumbuk dalam satu pergaduhan sebelum seorang daripadanya ditahan kerana cuba mencekik kru penerbangan tersebut yang cuba meleraikan kedua-duanya.

Memetik laporan NY Post, kejadian berlaku pada pukul 6 petang Isnin waktu tempatan, di Lapangan Terbang Narita di Tokyo bagi penerbangan NH6 ke Los Angeles.

Dalam rakaman tersebut, dua lelaki separuh umur yang memakai kemeja hitam dan kemeja merah dilihat bertengkar dan mengeluarkan kata-kata kesat.

Dalam permulaan video tersebut, lelaki yang berkemeja merah tersebut dilihat cuba menghentak kepala lelaki berbaju hitam yang duduk di belakangnya, menggunakan topi dan fon kepala.

Seorang lelaki kedengaran menjerit, “Sesiapa tolong (berikan bantuan), lelaki ini gila,” sementara seorang lagi lelaki menjerit, "Aku akan bunuh kau".

Seorang pramugari cuba meleraikan pergaduhan itu dan kemudiannya berjaya memisahkan mereka.

Bagaimanapun, lelaki berbaju merah itu kembali mencetuskan pergaduhan tidak lama kemudian.

Pramugari tersebut hampir cedera ketika cuba meleraikan kedua-dua penumpang itu buat kali kedua. - Mirror

Artikel Lain