suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Budak Perempuan Terselamat Selepas Dilanggar Dua SUV

XICHANG: Video seorang kanak-kanak yang terselamat selepas dilanggar dua kenderaan utiliti sukan (SUV) di barat China menjadi tular pada minggu ini.

Rakaman tersebut menunjukkan kanak-kanak di Xichang, wilayah Sichuan itu lari ke arah jalan raya dan kelihatan hilang di bawah kenderaan pertama yang melalui jalan berkenaan.

Kanak-kanak itu dilihat tidak mengalami sebarang kecederaan, namun kenderaan lain yang tidak menyedari kehadirannya turut melanggarnya.

Pegawai polis Xichang, Guo Wei berkata, pemandu kenderaan pertama tidak nampak kanak-kanak itu disebabkan pandangan titik buta (blind spot).

“Jarak antara kanak-kanak tersebut dengan kenderaan kedua juga terlalu dekat lalu tidak menyedari kehadirannya. 

"Oleh itu, kedua-dua kereta berkenaan bergerak melintasi kanak-kanak tersebut,” katanya kepada media China, CCTV.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), jalan raya di China merupakan antara yang paling bahaya di dunia kerana mengakibatkan lebih 10,000 kanak-kanak di bawah umur 15 tahun maut dalam kemalangan. - Reuters

Artikel Lain