suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki Hina Pemandu Teksi Mohon Maaf Dengan Nasi Ayam Percuma

Gary Lim. Foto straitstimes

SINGAPURA: Lelaki yang tular dengan rakaman mempersendakan pemandu teksi memberikan nasi ayam secara percuma kepada pemandu teksi pada Selasa.

Agihan tersebut dibuat Gary Lim, 37, di Restoran Yeo Keng Nam di Jalan Braddell dan restoran nasi ayam tradisional Hainan ‘Yang' di Jalan Serangoon.

Lelaki tersebut sebelum ini dirakam telah menghalang laluan seorang pemandu teksi dan memberitahu bahawa pemandu itu tidak boleh melakukan perkara besar disebabkan kerja yang dilakukannya.

Lim kemudian meminta maaf kepada pemandu teksi berkenaan, Sun, 33, ketika dihubungi agensi berita, Shin Min Daily News.

Lim berjanji untuk mengagihkan sebanyak 100 pek nasi ayam kepada pemandu-pemandu teksi antara pukul 3 dan 5 petang pada Selasa di dua cawangan kedai nasi ayam miliknya. - The Straits Times / Asia News Network

Artikel Lain