suria

Pesakit Mental Berang, Jiran Diculik

Polis ketika hadir di lokasi kejadian.

OHIO: Berang kerana perbuatannya menghubungi jiran telah dilaporkan kepada polis kerana dianggap mengganggu, seorang pesakit mental menculik wanita berkenaan dan mengurungnya dalam lubang di belakang kediamannya.

Bagaimanapun, jeritan mangsa yang didengari ibunya telah dapat menyelamatkannya.

Ibu wanita itu melaporkan kehilangan anaknya kira-kira pukul 2 pagi waktu tempatan dan menghubungi polis dua jam kemudian untuk melaporkan jeritan yang kedengaran dari kandang di belakang rumah Dunn.

Polis yang menerima laporan tiba dan menemui mangsa dalam keadaan melutut dalam lubang sedalam satu meter dengan 0.6 meter lebar dan 0.6 meter panjang, dengan kayu menutup lubang itu.

Ketua Polis Blanchester, Scott Reinbolt, berkata objek berat termasuk peralatan memotong rumput, ditempatkan di atas kayu itu, menghalang mangsa keluar.

Beliau dikesan mengalami sawan dan dihantar ke hospital, menerima rawatan dan dibenarkan keluar, kata polis.

Blanchester yang terletak kira-kira 64 kilometer ke timur laut Cincinnati, berkata pemilik bangsal itu, Dennis Dunn, telah ditahan. Kata pihak berkuasa, Dunn mempunyai sejarah kesihatan mental. - AP

Dennis Dunn

Artikel Sebelum

Misi 100 Hari Belon Gergasi

Artikel Berikut

Artikel Lain