suria

Arnab Gergasi Maut Dalam Kargo United Airlines

SYARIKAT penerbangan United Airlines berdepan satu lagi kontroversi apabila 'penumpang' kargo pesawatnya didapati mati ketika dalam penerbangan.

Simon, arnab berukuran satu meter panjang itu dalam keadaan  sihat ketika menaiki pesawat itu.

Mamalia berusia 10 bulan itu adalah arnab gergasi milik Annette Edwards dari Stoulton di Worcester, United Kingdom.

Ia dikatakan meninggal dunia dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Heathrow ke Chicago.

Insiden ini berlaku beberapa minggu selepas syarikat itu berdepan tekanan pelbagai pihak susulan kejadian seorang doktor diheret keluar dari pesawat juga di Lapangan Terbang Antarabangsa O'Hare.

Menurut pemilik Simon, binatang pemeliharannya itu dalam keadaan sihat ketika diperiksa doktor haiwan kira-kira tiga jam sebelum menaiki pesawat.

"Sesuatu yang pelik berlaku dan saya mahu tahu apakah yang sebenarnya berlaku.

"Saya pernah menerbangkan arnab ke seluruh dunia tetapi tiada kejadian seperti ini berlaku.

"Pelanggan yang membeli Simon adalah seseorang yang terkenal, dia begitu sedih," katanya.

Edwards sebelum ini mendapat perhatian apabila membelanjakan £10,000 untuk melakukan pembedahan plastik supaya dirinya kelihatan seperti Jessica Rabbit.

Bekas model ini dikenali ramai kerana kepakarannya membiak baka haiwan dan ada diantaranya telah mencecah saiz antara yang terbesar didunia.

Simon, United Airlines

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain