suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ketua Polis Caracas Ditembak

CARACAS: Insiden protes anti kerajaan di Venezuela telah mengakibatkan ketua polis bandar itu cedera di kaki akibat ditembak.

Robinson Antonio Navarro Acosta ditembak ketika melakukan rondaan di kawasan Guarataro yang dikawal ketat akibat demonstrasi sejak tiga minggu lalu itu.

Setakat ini, pejabat Peguam Negara Venezuela sedang menjalankan siasatan terperinci berhubung kes berkenaan.

Jumlah kematian akibat protes itu mencecah 26 orang setakat ini, termasuk seorang pemuda berusia 23 tahun, Orlando Medina maut akibat ditembak di kepala di barat Lara.

Selain itu, 15 yang lain meninggal dunia akibat keganasan yang berlaku ketika tunjuk perasaan, manakala 11 lagi ketika terlibat dalam kejadian jenayah selepas tengah malam.

Media tempatan melaporkan beberapa penunjuk perasaan turut cedera parah selepas kumpulan penentang Presiden Nicolas Maduro berterusan mengadakan protes mega dan menghalang kebanyakan laluan utama di seluruh negara.

Di ibu negara, polis antirusuhan sekali lagi terpaksa melepaskan gas pemedih mata selepas penunjuk perasaan bertindak membaling batu ke arah anggota keselamatan.

Difahamkan, protes antikerajaan itu tercetus sejak awal bulan lalu selepas Mahkamah Agung Venezuela bertindak melucutkan kuasa badan perundangan yang majoritinya adalah pembangkang.

Sebelum ini, Maduro mendakwa bantahan besar-besaran itu dihasut oleh Amerika Syarikat di bawah rancangan untuk menggulingkannya. 

Caracas, Acosta

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Ketam Serang Selatan Cuba

Artikel Lain