suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pasangan Ditahan Gaduh Kerana Bil Restoran

HONG KONG: Seorang lelaki dan seorang wanita ditahan di sebuah restoran barbeku berkonsepkan Jepun di Mong Kok di sini, kerana bergaduh selepas wanita terbabit enggan membahagikan bil bayaran.

Lelaki dan wanita itu, masing-masing berumur 37 dan 38 tahun yang baru berkenalan berkunjung ke restoran di Pusat King Wah di Jalan Nathan pada Ahad malam.

Pergaduhan bermula pada kira-kira pukul 11.25 malam apabila wanita itu enggan menerima cadangan lelaki berkenaan untuk mengasingkan bil berjumlah HK$2,200 (RM1,235).

Pergaduhan berlanjutan membabitkan serangan fizikal sehingga terpaksa memanggil polis.

Lelaki tersebut ditahan kerana melakukan kecederaan fizikal, manakala wanita itu ditahan kerana melakukan serangan yang sama.

Lelaki itu mengalami kecederaan di bahagian hidung manakla wanita terbabit cedera di bahagian badan.

Kedua mereka dibawa ke Hospital Kwong Wah berdekatan. - South China Morning Post


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Bayi 'Lahir' Sendiri

Artikel Lain