suria

'Saya Harap Dapat Rogol Dia' - Bekas Bintang Manchester

Stacey Flounders merupakan bekas pasangan Adam Johnson. - EPA

BEKAS bintang Manchester City, Adam Johnson yang menjalani hukuman penjara atas kesalahan jenayah seks kanak-kanak, sekali lagi mencetuskan kontroversi yang bakal memudarkan harapan untuk dibebaskan dengan lebih awal.

Ia susulan pendedahan rakaman video yang diambil secara rahsia, menunjukkan Johnson mengakui kepada banduan lain bahawa dia berharap dapat merogol kanak-kanak perempuan yang menjadi mangsa jenayahnya.

Johnson kini menjalani hukuman penjara selama enam tahun kerana melakukan aktiviti seksual dengan kanak-kanak di bawah umur.

Bulan lalu merupakan tahun pertamanya di dalam penjara dan bekas pemain berusia 29 tahun itu berharap dapat mengemukakan rayuan ke atas kesalahan serta tempoh hukumannya.

Namun rakaman terbaharu itu yang disiarkan oleh portal The Sun ternyata menutup peluang Johnson untuk dibebaskan lebih awal.

Adam Johnson

Dalam klip video itu, Johnson dilihat sedang berbincang dengan banduan lain di kawasan dobi di penjara Moorland di Doncaster.

Banduan tersebut mempersoalkan tempoh hukuman yang dikenakan ke atas Johnson tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukannya.

Kemudian Johnson membalas,"Saya berharap dapat melakukannya (rogol) kanak-kanak berusia enam tahun itu.

"Ada banduan yang merogol kana-kanak berusia 12 tahun dan hanya dipenjara selama 13 bulan.

"Anda tahu apa yang sama maksudkan? Mereka hanya dipenjara dengan tempoh singkat," katanya.

Bagaimanapun tarikh sebenar video itu dirakamkan tidak dapat dipastikan sama ada sebelum atau selepas Johnson mengemukakan rayuan.

Malah tiadak maklumat tentang pihak yang mengambil video tersebut.

Johnson mempunyai anak perempuan berusia dua tahun hasil hubungan dengan bekas pasangannya, Stacey Flounders.


Adam Johnson

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain