suria

Konflik AS-Korea: China, Rusia Akhirnya Bertindak

MOSCOW: Rusia dan China mengerahkan askar serta aset tentera ke kawasan sempadan dengan Korea Utara ekoran kebimbangan serangan Amerika Syarikat (AS) ke atas Pyongyang.

Presiden Rusia, Valdimir Putin mengeluarkan arahan tersebut selepas China menghantar 150,000 askar ke bahagian selatan negara yang bersempadan dengan Korea Utara bagi menangani kemasukan pelarian dari negara tersebut jika perang tercetus.

Awal pagi Khamis, beberapa rakaman video yang tersebar menunjukkan aset tentera Rusia dikerahkan ke kawasan sempadan yang terletak kira-kira 17 kilometer dari Korea Utara.

Rakaman itu menunjukkan satu daripada tiga buah kereta api membawa aset tentera termasuk kereta perisai ke sempadan kedua-dua negara itu.

Satu lagi rakaman menunjukkan beberapa buah helikopter tentera menuju ke atas kawasan yang sama mengiringi kenderaan tempur selain unit artileri dan tentera sokongan.

Laporan media tempatan Rusia menyebut, kerahan itu bagi menangani krisis kemanusiaan yang dijangka tercetus jika Korea Utara berperang dengan AS.

Selain itu Putin dilapor memberi amaran bahawa serangan AS ke atas kedudukan loji nuklear Rusia boleh memburukkan lagi situasi.

Jurucakap tentera Rusia, Alexander Gordeyev enggan memberi maklumat tentang situasi semasa tetapi hanya menyebut latihan ketenteraan baru sahaja tamat di wilayah TransBaikal di Siberia.


Korea Utara, Rusia, China

Artikel Lain