suria

Bunuh Diri Selepas Dedah Status Transgender

Lokasi kejadian Erin Shepherd ditemui maut selepas meracuni diri sendiri. Foto INS

SEORANG pakar kimia dari Universiti Oxford bertindak meracuni dirinya dengan bahan kimia sianida, yang diambil dari makmal.

Kejadian berlaku beberapa bulan selepas dia mendedahkan dirinya adalah transgender.

Erin Shepherd bertindak membunuh diri walaupun dilihat gembira dengan keputusannya menukar jantina dari lelaki kepada wanita.

Transgender berusia 27 tahun itu mengirimkan emel nota bunuh kepada ibu bapa dan dua adik beradiknya sebelum membunuh diri.

Terkejut dengan mesej berkenaan, keluarganya segera menghubungi pasukan kecemasan yang kemudian bergegas ke rumahnya di Oxford.

Penyelidik Universiti Oxford itu ditemui pasukan bomba di flatnya.

Satu bekas mengandungi tepung putih yang kemudiannya disahkan sebagai bahan kimia sianida ditemui dekat mayatnya.

Erin yang dilahirkan sebagai David Shepherd menamatkan pengajian Doktor Falsafah (PhD) dalam jurusan kimia di Kolej Corpus Christi.

Menurut polis, Erin pergi ke makmal dan bertugas pada pukul 6 pagi pada hari dia maut kerana mengambil sianida. 

Doktor Erin, Richard Baskerville berkata: "Dia mendedahkan dirinya sebagai transgender baru-baru ini.

"Dia mempunyai ramai rakan dan menyokong terhadap perubahan dirinya. Kematiannya merupakan satu tragik dan mengejutkan." - Mirror

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Ikan Pun Dah Kena Vakum?

Artikel Lain