suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lanun Nak Bebas Lanun

MOGADISHU: Kumpulan lanun Somalia kembali mengganas apabila merampas sebuah kapal kargo India dan membawa bersama sembilan anak kapal untuk dijadikan tebusan.

Lanun-lanun berkenaan memberitahu Reuters bahawa anak-anak kapal itu akan digunakan dalam proses tawar-menawar bagi membebaskan 117 rakan mereka yang kini dipenjarakan di India.

Kapal kargo Al Kausar bagaimanapun dapat diselamatkan tetapi kumpulan penjenayah itu telah melarikan diri dengan membawa anak kapal terbabit.

"Kami berjaya menyelamatkan dua kru berkenaan tetapi mereka (lanun) melarikan sembilan anak kapal lain ke kawasan berbukit di antara El Hur dan Hardheere,” kata Timbalan Presiden Negeri Galmu­dug, Mohamed Hashi Arabey kepada agensi berita Reuters.

Galmudug merupakan sebuah negeri persekutuan di Somalia dan mempunyai pasukan keselamatan sendiri.

“Dua anak kapal itu ditemui di dalam sebuah kenderaan yang di­tinggalkan lanun berkenaan selepas mereka dikejar,” kata Mohamed Hashi.

Serangan lanun Somalia memuncak pada 2012 apabila 237 kes telah dilaporkan, namun angka itu menurun susulan peningkatan aspek keselamatan oleh pemilik kapal dan pertambahan rondaan pasukan tentera laut antarabangsa.

Serangan lanun bagaimanapun meningkat pada bulan ini dengan dua kapal dirampas, manakala kapal ketiga berjaya diselamatkan tentera India dan China.– Reuters



Al Kausar, Somalia

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain