suria

Doktor Diheret Keluar Pesawat Buka Mulut

Dr David Dao.

DOKTOR yang juga penumpang syarikat penerbangan United Airlines yang diheret keluar dari pesawat itu akhirnya membuka mulut.

Dr David Dao menerusi peguamnya dalam satu kenyataan pada Selasa berkata dia dan keluarganya amat menghargai sokongan dan keprihatinan orang ramai susulan insiden tersebut.

"Buat masa ini Dr Dao sedang menerima rawatan di Hospital Chicago," kata peguamnya, Stephen L.Golan.

Syarikat penerbangan itu mengeluarkan pelbagai kenyataan pada Selasa selepas rakaman kejadian tersebut menjadi tular di laman sosial.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Oscar Munoz menyifatkan insiden itu sebagai 'mengecewakan' dan menulis permohonan maaf dalam satu kenyataan yang dimuatnaik dalam laman Twitter syarikat penerbangan tersebut.

Insiden tersebut ternyata mengundang kemarahan netizen.

Kejadian yang dirakamkan oleh salah seorang penumpang menunjukkan Dr Dao diseret keluar secara paksa oleh tiga pegawai keselamatan dari tempat duduknya gara-gara tempahan yang berlebihan.

Difahamkan, tempahan tiket yang berlebihan menyebabkan pihak United Airlines meminta segelintir penumpang untuk menangguhkan penerbangan mereka secara sukarela di Lapangan Terbang Antarabangsa O’Hare, Chicago.

Oleh kerana tidak ada sesiapa yang tampil, operator penerbangan terkenal Amerika Syarikat itu terpaksa memilih nama penumpang secara rawak.

Bagaimanapun, Dr Dao antara salah seorang penumpang yang terpilih itu enggan memenuhi permintaan mereka.

Dia kemudian ditarik keluar oleh pegawai keselamatan penerbangan itu.

Menerusi rakaman video itu, lelaki berketurunan Cina itu dilihat seakan-akan tidak sedarkan diri ketika diheret keluar dari pesawat.

Dr David Dao, United Airlines

Artikel Sebelum

Lanun Nak Bebas Lanun

Artikel Berikut

Artikel Lain