suria

'Teksi Senyap' Atasi Pemandu Mulut Becok

Miyako Taxi Co melarang pemandu bercakap dengan penumpang menerusi pengenalan perkhidmatan 'teksi senyap'. Foto Miyako Taxi Co

TOKYO: Sebuah syarikat teksi di Jepun menyelesaikan masalah pemandu 'mulut becok' yang selalu menganggu penumpang kerana bercakap banyak tentang penumpang terkenal yang dibawa mereka sehingga ke cuaca, pasaran saham dan kerajaan.

Miyako Taxi Co menetapkan larangan terhadap semua pemandunya daripada bercakap dengan penumpang mereka dengan memperkenalkan perkhidmatan itu sebagai "teksi senyap".

Pemandu teksi Miyako perlu membisu sebaik sahaja mendapat tahu destinasi yang ingin dituju penumpang, melainkan diarahkan untuk bercakap.

"Kami memulakan perkhidmatan ini pada 21 Mac dengan lima teksi. Kami mendapat banyak maklum balas yang positif daripada para pelanggan, secara individu mahupun di laman web kami," kata Yoshio Ito, jurucakap syarikat yang berpangkalan di Kyoto.

"Terdapat segelintir pelanggan yang benar-benar mahukan suasana senyap sebaik sahaja mereka menaiki teksi, dan kami mendapati 'teksi senyap' ini menjadi popular di kalangan belia yang bekerja," katanya.

"Kami berpendapat mereka menyukainya mungkin disebabkan mereka sering penat selepas waktu kerja." – South China Morning Post

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain