suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Guru, Pelajar Maut Ditembak Dalam Kelas

SAN BERNARDINO, Calif: Seorang guru pendidikan khas dan pelajarnya terbunuh selepas bekas suami wanita itu melepaskan tembakan menggunakan pistol berkaliber tinggi di sini.

Suspek kemudian bertindak menembak dirinya di dalam kelas berkenaan manakala seorang pelajar lagi ditemui dalam keadaan parah akibat turut terkena tembakan.

Pelajar yang terbunuh dikenali sebagai Jonathan Martinez berusia lapan tahun dan seorang lagi yang cedera berumur sembilan tahun - dilaporkan stabil di hospital.

Ketua Polis, Jarrod Burguan berkata, kejadian tembakan di sekolah berkenaan adalah kes bunuh-bunuh diri dan bukan serangan pengganas.

Jelasnya, suspek dikenali sebagai Cedric Anderson manakala isterinya yang juga guru, Karen Elaine Smith. Mereka berdua berusia 53 tahun.

Suspek dan mangsa juga dilaporkan telah berkahwin dan baru berpisah sejak sebulan lalu.

Tembak, Amerika Syarikat, Sekolah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain