suria

Pembaca Berita Berkhayal Semasa Siaran Langsung

Reaksi pembaca berita ABC, Natasha Exelby.

SEORANG pembaca berita secara tiba-tiba menjadi popular selepas dirakamkan sedang berkhayal ketika bersiaran langsung.

Natasha Exelby yang merupakan pembaca berita ABC sepatutnya membuat pengenalan mengenai segmen sukan selepas sedutan pra-rakaman berakhir.

Penerbit program memutuskan untuk siaran kembali merakamkan Natasha di studio.

Natasha bagaimanapun ketika itu sedang memandang ke bawah leka membelek sebatang pen.

Ia mengambil beberapa saat sebelum Nastaha menyedari dia kembali bersiaran langsung.

Natasha menunjukkan reaksi mengejutnya dengan mulut terbuka luas, mata terbeliak dan mencampakkan pen ke bawah. 

Bagaimanapun Natasha bersikap profesional apabila meneruskan segmen sukan seperti biasa. - Mirror

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain