suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Serang Gereja: Mesir Isytihar Darurat

KAHERAH: Serangan bom yang menyasarkan dua gereja dan mengorbankan lebih 40 nyawa di bandar Tanta dan Iskandariah di Delta Nil mendorong Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi, mengisytiharkan darurat selama tiga bulan.

Insiden pengeboman angkara militan Daesh itu berlaku ketika jemaah dalam kalangan minoriti Kristian Koptik berkumpul sempena Palm Sunday.

Serangan berlaku susulan pengeboman gereja di Kaherah Disember lalu dan seminggu sebelum kunjungan Pope Francis, bertujuan menunjukkan sokongan kepada minoriti Kristian di negara ini.

Menurut Sisi, perintah darurat perlu dibentang ke Parlimen dalam tempoh seminggu dan memberi amaran usaha memerangi pengganas akan mengambil masa yang lama dan menyakitkan.

Pegawai kerajaan memaklumkan, bom pertama meledak gereja Mar Girgis dekat bandar Tanta di utara Kaherah, membunuh 27 orang, manakala 17 lagi termasuk empat anggota polis maut dalam serangan seterusnya di gereja Saint Mark, Iskandariah.

"Serangan itu dilakukan seorang pengebom yang meletupkan dirinya selepas dihalang memasuki gereja.

Sekurang-kurangnya 78 orang cedera di Tanta dan 41 lagi di Iskandariah, kata kementerian kesihatan. - AFP







Tanta, Palm Sunday, Daesh

Artikel Sebelum

Indonesia Tembak Enam Militan

Artikel Berikut

Artikel Lain