suria

Ratu Cantik Ditembak Mati Selepas Terima Bunga, Coklat

BULACAN: Seorang ratu cantik Filipina ditembak mati sebaik-baik sahaja membuka pintu rumahnya untuk menerima jambangan bunga dan coklat di rumahnya di sini pada Jumaat.

Mary Christine Balagtas, 23, ditembak di bahagian kepala sejurus selepas membuka pintu untuk menerima hadiah tersebut yang dihantar oleh dua lelaki yang tidak dikenali.

Portal berita Metro.co.uk melaporkan, kedua suspek lari bagaimanapun melarikan diri sejurus melepaskan tembakan.

Christine pada mulanya dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan, bagaimanapun meninggal dunia di dalam ambulans sebelum sempat tiba di pusat rawatan.

Pegawai polis Bulacan, Superintendan Julio Lizardo berkata, pihaknya kini sedang menyiasat kes tersebut bagi mengenal pasti punca sebenar serangan.

"Buat masa ini, kami sedang mendapatkan petunjuk yang ada dalam kes ini. Kami juga menyiasat lelaki yang mempunyai hubungan istimewa dengan mangsa.

"Kami percaya serangan dilakukan oleh pembunuh upahan. Pihak kami turut menemui kelongsong peluru di tempat kejadian," katanya lagi.

Ratu Cantik Filipina

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain