suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ledakan Bom Gegar Kem Pelarian Rukban

LETUPAN bom kereta di kem pelarian di wilayah Syria berdekatan sempadan Jordan mengakibatkan sekurang-kurangnya lima maut, manakala ramai lagi penghuninya cedera.

Sasaran kali ini adalah kem Rukban di kawasan gurun negara itu apabila bahan letupan berkenaan diledakkan.

Laporan agensi berita Xinhua memetik wakil Pertubuhan Pemantau Hak Asasi Syria.

Pasukan pemantau berpangkalan di London itu berkata, pesawat juang yang tidak dapat dikenal pasti juga dilihat terbang di kawasan berkenaan selepas kejadian letupan itu.

Sementara itu, kata pertubuhan itu, pertembungan berlaku antara kumpulan militan Negara Islam (IS) dan puak pemberontak di Tanf, berdekatan kem Rukban.

Aktivis lain berkata, serangan itu dipercayai dilakukan IS yang menyasarkan kumpulan pemberontak di kem berkenaan.

Rukban, Syria

Artikel Sebelum

Artikel Lain