suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki Cuba Bakar Diri Di Stesen Minyak

Zuikis cuba membakar diri di stesen minyak. Foto Grimsby Telegraph / SWNS

SEORANG lelaki yang mengalami tekanan cuba membakar dirinya di stesen minyak.

Menerusi sesi perbicaraan di mahkamah, Willmantas Zuikis cuba melakukannya menggunakan pemetik api pada Ogos lalu.

Dia bagaimanapun gagal menyalakan api selepas dihalang seorang juruwang stesen minyak.

Juruwang yang mencurigai kelakuan Zuikis sebelum itu bertindak pantas dengan menutup saluran petrol bagi mengelakkan kebakaran berlaku. 

Zuikis dihukum penjara 16 bulan kerana kelakuannya berisiko yang boleh mengakibatkan bencana bukan sahaja kepada diri sendiri, tetapi juga orang lain. - Mirror





Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Indonesia Tembak Enam Militan

Artikel Lain