suria

Trump, Abe Bincang Isu Peluru Berpandu Korea Utara

Abe (kiri) dan Trump.

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Rabu berikrar akan terus meningkatkan lagi keupayaan untuk mempertahankan negara dan sekutunya, kata Rumah Putih lapor agensi berita China Xinhua.

Rumah Putih dalam kenyataan berkata, Trump berbincang dengan Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe berbincang berkaitan kebimbangan serantau ekoran tindakan terkini Korea Utara melancarkan peluru berpandu balistik menerusi perbualan telefon.

"Presiden menegaskan AS teguh berdiri bersama sekutunya Jepun dan Korea Selatan dalam menghadapi ancaman serius yang cuba ditimbulkan Korea Utara,"jelas kenyataan itu.

Kedua-dua pemimpin juga bersetuju kekal berhubung rapat bagi meningkatkan kerjasama berkaitan isu Korea Utara dan isu serantau lain yang mempunyai kepentingan bersama. -Bernama

Donald Trump, Abe, Korea Utara

Artikel Lain