Kedutaan Pergiat Kesan Rakyat Malaysia Hilang Di Jakarta - Dunia | mStar

Kedutaan Pergiat Kesan Rakyat Malaysia Hilang Di Jakarta

JAKARTA: Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia sedang giat mengesan dan mencari dua rakyat Malaysia yang dilaporkan hilang di Jakarta sejak 30 Mac lepas.

Duta Besar Malaysia di Indonesia Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim memberitahu Bernama di sini hari ini, pihak kedutaan dengan bantuan Atase Polis Diraja Malaysia di kedutaan besar sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa Indonesia bagi mengesan kedua-dua rakyat Malaysia itu.

Katanya, pihak kedutaan juga sedang menjalankan siasatan daripada segala sudut kerana kehilangan mereka menimbulkan kemusykilan setelah tidak langsung menghubungi sesiapa sebaik tiba di Jakarta.

Beliau berkata, waris kepada Mohamad Shafa Ahmad, antara yang dilaporkan hilang itu, telah bertemu dengan pihak kedutaan dan kini berada di Jakarta.

Mohamad Shafa, 29, dan Kamarol Arifin Mohamad Darus, 27, masing-masing bekerja sebagai penghantar surat dan juruteknik kilang, dipercayai hilang selepas tiba di Jakarta dengan menaiki pesawat AirAsia pada 2 petang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2).

Dua sahabat baik yang berasal dari Kampung Sijangkang, Teluk Panglima Garang, Selangor dikatakan ingin mengunjungi Jakarta untuk menonton konsert Dj Armin van Buuren di Jakarta International Expo di sini.

Kedua-dua mereka tidak menghubungi keluarga sejak tiba di Jakarta dan juga dilaporkan tidak mendaftar masuk ke hotel yang ditempah.

Kakak kepada Kamarol, Junaina Mohamad Darus, 33, berkata beliau menyedari adiknya hilang selepas anak ke-12 daripada 13 beradik itu tidak muncul di klia2 pada hari sepatutnya dia pulang pada 11 malam, 2 April lalu.

Indonesia , Malaysia , Jakarta

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Anies Dilapor Fitnah Ahok

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

Artikel Lain